AKU SAHIBUL HIKAYAT

Ahad 7.7.2013


        Hari paling bermakna buat aku .Seorang yang takpernah aku sangka jadi milikku kini menjadi milikku . Oh,bertapa syukurnya aku sebab Allah dah bukakan pintu hatiku sekalilagi untuk menerima wanita.Memang terkejut gak. Dari mula perkenalan kami,aku bahan dia dengan panggilan ‘badut’. Series memang lawak gila time 2 . Shisha,minum,lepak. Memang best gila. Malam tarikh nieyh jugak aku melamar dia. Aku ada dengar cerita dia bangga giladapat mesej dari aku buat pertama kalinya. Aku un tak tau kenapa. Hahahaha.
    Dunia aku ceria dengan cerita tentang aku dan dia. Ohsem sangat-2. Aku tak minat cakap banyak. Cukuplah aku buat apa yang patut untuk relay aku,kebahagiaan dia dan jodoh aku . Memang kita tak tau siapa jodoh kita kelak Allah kan tunjukkan kepada kita tanpa menghitung waktu. Itulah janji tuhan J

03/07/2013


Hari ini wajah aku kembali berseri-seri dengan kehadiran seorang wanita yang memberikan nafas yang baru untuk aku bercinta lagi . Macam tak percaya saja di boleh terima aku seadanya  . Ya , bukan semua wanita sama . Aku bersyukur masih lagi diberi peluang untuk bercinta even aku semakin hampir kepada kehancuran diri aku . Hanya aku tahu apa yang terbaik untukku . Allah maha adil dan kaya , aku diberikan petunjuk untuk menerima kehadiran seorang wanita yang bersahaja , periang , berserdehana dalam tingkah lakunya . Ya Allah , bahagianya hidupku hari ini . Tanpa kekasihku .

Kata Hati


Di saat penghujung hubungan kita , aku tertanya , kenapa mesti hubungan kita berakhir sebegini ? Kenapa mesti hubungan kita secepat ini ? Belum puas aku menikmati cinta kita . Menjadi tanda tanya adakah semua punca dari aku atau memang kita tidak ditakdirkan bersama . Segala persoalan menusuk otakku yang kecil .
         Ya Allah , sungguh aku rindu dia . Semuanya ibarat igauan ngeri buat aku . Aku sakit , lemah , hilang arah jauh dari cintanya . Aku mengharapkan ia berpanjangan tapi semuanya hanya mimpi yang mati . Aku terdiam , kaku , dan seolah membatu . Aku buntu . Mengapa dia hadir untuk seketika waktu sedangkan aku dah habis baik menjaga cinta ini , perasaan , tingkahlaku ku . Dari setiap detik di saat pertemuan pertama , di perkenalanku yang pertama , tak sudah-sudah aku memuja cintanya tapi semuanya tersasar jauh .
         Aku tak tahu adakah kita memang berbeza dari segi rupa paras mahupun darjat ? Segala janji telah terucap tapi kini hanya tinggal memori duka . Tiap kali ku solat ku berdoa agar kita di panjangkan jodoh tapi segalanya tersurat dan tersirat , kita terputus jua . Aku sayang dia , aku cinta dia sumpah demi Allah . Kini ku lihat kau bahagia bersama dia , hatiku hancur , musnah dan punah di makan kekecewaan di tambah air mata yang tak henti-henti mengalir di saat kenangan terpancar , terpapar di mindaku . Aku songsang dalam haluan hidupku , hidupku semakin terseksa , aku derita .
        Kau hadir di saat aku derita , kau muncul di saat aku hilang arah , kau menjelma bak penyelamat , menyelamatkan aku dari kemusnahan diri . Jujur aku hampir mati di makan tindak tandukku yang terlalu mengikut perasaan tapi kau hadir merubah segalanya . Kau perbetulkan langkahku yang songsang , kau bina kembali jati diriku , kau hidupkan kembali cintaku yang telah mati . Aku bahagia , kenangan bersama wanita lalu tetalh aku hapus tapi .
        Semua berubah sekelip mata . Cinta kita semakin retak . Kau berubah hati , perasaan sayang yang dulu bagai hilang landasannya . Aku resah , gelisah dan gundah gulana . Kau semakin menampakkan kebencian kau padaku buatku terdiam , tersipu . Mana janji kau yang dulu ? Mana rasa sayang kau yang dulu ? Aku hiba . Aku kerap semakin menangis .
                       "Aku berdiri kini tanpa ada kau disisi . Aku berdiri tanpa rasa sayang di hati . Ku anggap duka pembakar diri , buat ku bangkit dari mimpi , bersama puisi kalam ,ku buang jauh gantikan dengan rentak yang padu . Aku berlagu walau laguku duka . Aku lupakan segalanya . Aku kini bangkit hadapi masa depanku"
       Aku tahu , di saat aku terluka , kecewa , Allah sentiasa disisiku . Allah sentiasa menemaniku . Semuanya hanyalah sapaan tuhan buatku supaya aku perbetulkan kembali diriku yang kian jauh dari landasan seorang insan Islam . Ku anggapkan semua memori duka , ku biarkan berlalu ditiup angin di mamah masa . Terima kasih atas pertemuan aku dan dia . Terima kasih kerana tinggalkan kenangan yang mendalam . Aku akur segala rancana yang telah dirancang untukku . 6,7,8 Alhamdulillah syukur ..

Aku Hanya Mampu Luah


Aku hanya mampu luah tapi aku tak mampu buktikan . Mungkin masa belum tiba buat hati menerima cinta . Cukup sekadar merasa , melihat dan merasa sedih , perit dan sakitnya berseorangan . Mungkin ianya buat selamanya . Aku akur segala yang telah tertulis dalam hikayat kehidupan ku yang telah di tentukan-Nya .
   Allah maha esa . Begitu besar kuasa-Nya hingga tiada siapa standing-Nya . Syukur aku ucap kerana telah menemukan aku dengan sejuta kenangan yang kebanyakkannya memang melukakan aku . Bukan silap aku memutuskan yang terdahulu tapi sudah suratan .
   Tak pernah terlintas erti mati di kala gembira tapi lahirnya rasa ketika bersendiri . Hati mengolah berjuta rasa . Sebuah nikmat yang susah di ungkap dengan kata-kata dari mulut yang kecil . Walau hati hanya sebesar tomato tapi mampu mewujudkan sejuta emosi .
    Kadangkala , aku tertanya-tanya , macam mana kenangan dulu senang pergi dan datang ? Kenapa sesetengah mereka sukar melupakan segalanya hingga memudara kan diri . Kadangkala aku turut begitu , aku akui . Maaf , aku memang nampak teruk tapi ini lah coretan aku . Aku manusia , jika tak di izin-Nya , takkan melakukan sesuatu perkara . Aku hanya mampu luah .

Mata Aku !

03 June 2013 . 23:51 .

Aku bangun pagi tadi , suddenly mata aku tak boleh open di bahagian kanan . Seriously , I don't know why . Memang sakit gila , hanya Allah saja tahu apa yang aku rasa . Aku cuba sedaya upaya bukakan mata kau seluas yang mungkin . Alhamdulillah boleh but memang sakit gila . Air mata aku tetap mengalir . Tahan segala sengsara . Aku buka mata aku tengok cermin . Hanya sebelah mata saja yang merah menyala bak syaitan . Yeah , maybe dugaan buat aku .
        Terima kasih Allah . Aku tahu kau menyayangi aku . Aku mengadu pada mama aku , she says , kalau tak elok untuk 2 hari terdekat ini , aku pergi buat check up . Hope tiada apa-apa yang berlaku . Seram , series . Kolej dah nak buka , dengan kepala aku kusut fikirkan pasal rumah sewa . Ahh , memang berat aku rasa . Kepala makin semak , otak makin serabut , aku semakin kusut . Ya Allah , segala ujian-Mu aku terima . Aku harap , segala akan okay semula secepat mungkin .

Konklusi

Hidup ibarat catur . Setiap langkah kita , keputusan yang kita buat adalah percaturan hidup kita . Silap langkah , jahanam hidup kita . Aku sering tertanya-tanya , apakah akan berlaku tikanya kita di masa depan kelak . Apa kisah hidup aku akan datang . Different people , different script . Aku sedari aku semakin dewasa , buat apa aku nak terus tenggelam dalam lamunan yang tiada henti . Kalau aku terus begini , mungkin aku kan di takuk lama .
         Dunia ibarat permainan , dalam cinta , pelajaran , pekerjaan mahupun ketika kita berada di dalam percutian . Aku tak pernah gusar tentang itu kerna aku tahu Allah sentiasa di sisiku .Tapi , sesetengah orang yang aku kenal masih leka dengan dunia hiburan yang tiada hentinya . Ya , tak salah jika untuk seketika ataupun sekali sekala tapi bukannnya setiap masa . Kadang-kadang aku kecewa dengan mereka . Tolong jangan jadikan alasan tak boleh , boleh tak ? Sedang aku boleh takkan kau tak boleh . Hei kawan , sampai bila kau nak begini ? Hidup bergelumang dengan dosa . I admit I am not an angel but we can fix ourself together , right ? Memang macam susah tapi kalau ada kemahuan tak mustahil kan . Konklusi hidup kita tetap sama . Di timbang di neraca akhirat kelak . Fikirkan ..

Hiba !

"Oh hiba , memang waktu ini kau lah temanku" . Suddenly , aku down giler tak tahu kenapa . Maybe aku banyak berfikir kot . Ye lah , time berseorangan , banyak mimpi dan berangan . Perkara silam masih menghantui diri . Segala kenangan pahit seolah-olah flash back buat aku weak . Sekuat mana pun lelaki itu , ada masanya dia terdiam teringat memori silam . Mungkin Allah nak aku buka mata , pandang seluas-luasnya dunia yang DIA cipta supaya aku boleh melihat yg lemah dan yang kuat , yang hitam dan yang putih . Tapi nak buat macam mana , manusia bukan selalunya celik . 
            Air mata aku jarang keluar merentasi dua pipi aku tapi ia senang keluar apabila aku rasa sesuatu yang begitu menyentuh jiwa . Mak aku pernah cakap , aku manusia paling susah menangis tapi kenapa aku boleh menangis ? Apabila aku cash dengan awek aku , aku cuba recoverykan diri aku sebaik mungkin . Cuba lenyapkan apa yang dah berlaku dan mencari kebahagiaan di masa depan . Aku tak pernah mengalah even dalam hal bertukar pasangan . Dah nasib aku kena game memanjang . TAPI , masih ada lagi manusia yang mempertikaikan apa yang aku buat . Korang happy senang korang cakap . Aku yang frust menonggeng ada korang fikir . Please jangan seksa aku lagi , CINTA :'(
ALRIGHT RESERVE BY SEPHIROT